Barangsiapa melepaskan seorang mukmin dari penderitaan dunia, nescaya Allah akan melepaskan darinya penderitaan- penderitaan hari kiamat
Dari potongan hadith di atas, kita boleh lihat ianya dari 2 segi. Pertama, kita boleh lihat secara 'surface'. Sbg contoh, kita hantar makanan, pakaian dan keperluan harian kepada mukmin2 di Palestin yg sedang menderita akibat serangan Zionis laknatullah, atau ambil kanak- kanak pelarian Palestin sbg anak angkat utk melepaskannya daripada derita hidup tidak berkeluarga atau menghulurkan bantuan kepada mukmin2 kebuluran di Darfur. Kita mungkin juga akan terfikir contoh2 seperti volunteer dalam pasukan MERCY Malaysia yang pergi ke Acheh & Padang utk bantu mereka yg menjadi mangsa bencana alam. Smua itu sudah byk manusia yang melakukannya.
Tetapi yang lebih penting, yang mungkin kita tidak terfikir adalah sebenarnya hadith ini juga menyuruh kita melepaskan para mukmin dari penderitaan2 dunia seperti tidak tahu tujuan hidup dan juga xfaham apa erti sebenar sbg seorang 'islam'.
Sebenarnya kita sbg umat islam telah dijauhkan dari al-Quran dan Islam itu sendiri. Pernahkan kita terfikir kenapa kita sampai skrg masih memerangi gejala AIDS dan dadah? Mengapa gejala pembuangan bayi2 terus menerus dipaparkan oleh stesen2 televisyen tempatan? Mengapa masalah sosial dalam negara kita masih berleluasa? Yang sebenarnya, umat Muslimin skrg sedang tenat dibuai kemewahan dan penipuan dunia. Kita jauh dari sunnah Rasulullah. Kita jauh dari al Furqan kalamullah. Smua kita ibarat robot2 jahiliyyah yang tidak pernah gagal utk menjalani kehidupan seperti yang telah diprogramkan oleh Barat.
Tidakkah kita sedar?
Mengikut penghuraian hadith di atas, penderitaan di dunia ini xakan sama sekali terbanding dengan akhirat nanti. Jua, pertolongan yang kita berikan seperti yg telah dijelaskan di atas kpd umat mukmin tak akan juga terbanding dengan apa yg telah dijanjikan Allah utk kita. Pada hari yang tiada naungan lain selain drp naungan Allah swt, kita pasti tertunggu amalan kita yang manakah yang akan menolong kita di akhirat kelak. Pastinya kita ligat memikirkan barang sezarah amalan kita sms di dunia yg boleh mengurangkan kesusahan dan penderitaan di padang Mahsyar kelak.
Satu hadith marfu' yang diketengahkan dalam huraian hadith ini:
"Mukmin yang memberi makanan kepada mukmin yang lapar, Allah akan mengurniakan makanan kepadanya buahan dari syurga. Mukmin yang memberi minum kepada mukmin lain yang dahaga akan diganjarkan oleh Allah minuman arak yang ditutup. Mukmin yang memberi pakaian kepada mukmin lain yang telanjang, maka Allah akan memberikan pakaian kepadanya dari kain hijau syurga"
Barangsiapa memudahkan urusan yang sulit, nescaya Allah akan memudahkan urusannya di dunia & di akhirat.
Dalam erti kata lain, sambungan daripada hadith 36 di atas bermaksud, kita disuruh untuk memudahkan, bukan lebih menyulitkan.
Contoh terbaik adalah sekiranya kita sedang memberi hutang kepada seseorang, dan seseorang itu menghadapi masalah utk melangsaikannya. Apakah yang digalakkan oleh Islam dalam hal ini? Islam menggalakkan kita utk sentiasa bersifat bertimbang rasa dan memandang remeh pertolongan yang kita beri kpada mukmin lain. Kita juga dituntut untuk sentiasa husnudzon dengan smua mukmin kerana kita seakidah. Apabila kita seakidah, maksudnya kita semua bersaudara. "Innama mukminuna ikhwah" 49:10 Dan lagi special, hanya orang beriman shj yang bersaudara..=D
Jadi, dalam apa2 hal sekalipun, Islam menyuruh kita memudahkan yang sulit. Jangan kita hanya fikir keuntungan diri sendiri di dunia, malahan pentingkanlah keuntungan diri dan para mukmin di akhirat kelak.
Barangsiapa menutup aib seseorang Muslim, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat.
Ini sebenarnya adalah peluang baik untuk kita ambil kesempatan sebaik2 nya. Tidakkah kita nampak sebenarnya, ini merupakan sst yang sepatutnya ditunggu2 oleh kita para mukmin? Ianya sungguh mudah, sekiranya kita mahu aib kita ditutup Allah di akhirat nnt, kita hanya perlu menutup aib mukmin2 yg lain. Perdadangan seperti ini bukan sahaja menguntungkan kita, malahan menguntungkan mukmin2 yg kita tutup aibnya itu. Wahai Tuhan, permudahkanlah kami menjalankan tuntutan dan syariatMu, amin.
Allah akan sentiasa menolong hambaNya selama hambaNya menolong saudaranya
Sebuah lagi formula yang Allah telah gariskan kpd kita orang Mukmin. Sungguh indah percaturan Allah, sungguh cantik susunan Allah untuk para hambaNya, insan2 yang lemah. Menurut hadith ini, kita sbg yang dicipta dan hamba kpd al Khaliq yg menciptakan, sgt membutuhkan pertolongan Allah yg Maha Esa utk melalui ujian2 dan dugaan di dunia ini. Malah kita lebih membutuhkan pertolongan dan rahmat Allah selepas melalui tempoh di dunia, iaitu alam selepas hidup. Kita tidak mampu menentukan apa yg kita mahu, sebaliknya kepada Allahlah kita meminta pertolongan sentiasa. Maka formulanya ialah, bahawa Allah telah berjanji akan menolong kita hambaNya, selama mana kita menolong saudara2 kita.
Jadi, sepatutnya kita hamba Allah berlumba2 utk menolong sesama kita, sbb nak dpt pertolongan Allah yang Maha Berkuasa. Bukankah jika kita mahu meminta tlg kepada seseorang, kita akan meminta kpd orang yg paling berkuasa antara yang boleh tolong kita? Maka Allahlah yang selayak2 nya untuk kita minta pertolongan sebelum kita berikhtiar meminta pertolongan kpd hamba2 Nya lain yang lemah juga.
Barangsiapa menempuh perjalanan untuk mencari ilmu, maka Allah akan mudahkan baginya jalan menuju syurga
Mari kita cuba untuk fahamkan bahagian kedua hadith 36 anNawawi ini.
Termasuk dlm huraian hadith ni,kalau kita nak pergi menuntut ilmu, pasti kte akan melalui byk halangan.. sama ada halangan internal atau eksternal. Contohnya, every time sbelum pg program, kte akan berasa berat utk pergi.. sehingga ayat infiru khifafan wa thiqalan, 9:41 tu mestilah dibaca berulang kali, baru kte dpt mengubat penyakit malas pg program.. =P
Pendekkan cerita, kalau kita pilih utk berjihad dan menentang segala hawa nafsu dan juga mebe other external obstacles, maka nya Allah akan mudahkan jalan kita ke syurga.
Seorang ukhti pernah berkongsi.. bhw sedarkah kita, pada setiap program yg kita pergi, ada syurga di sebaliknya.. Subhanallah.. Jom ramai2 pg program! hehe.. =D
Tidaklah satu kaum berkumpul di satu rumah di antara rumah2 Allah, untuk membaca kitab Allah dan mempelajarinya bersama2, kecuali akan turun kpd mereka sakeenah (read: ketenteraman), rahmat Allah akan menyelimuti mereka dan Allah akan memuji mereka di hadapan (para malaikat) yang berada di sisiNya.
Seterusnya, dalm hadith ni, Nabi s.a.w. menerangkan mengenai ilmu yang kita harus tuntut untuk mendapat fadhilat2 yang telah digariskan.
Selain dimudahkan jalan kita ke syurga, 4 kurniaan Allah kepada orang yang menuntut ilmu dan membaca & mempelajari kitab Allah bersama2 adalah:
- diturunkan ke atas mereka ketenangan
- diliputi rahmat Allah
- dikelilingi para malaikat
- disebut2 dan diberi perhatian dan pujian Allah
Barangsiapa yang amalnya kurang, maka tak akan disempurnakan oleh kemuliaan nasabnya
Bahagaian terakhir hadith ini menegaskan bahawa barangsiapa yang amalan mereka tak cukup untuk menolong mrk di akhirat, keturunannya yang mulia tetap tak boleh nak bantu sedikit pn..
"Apabila sangkakala ditiup, maka tidak ada lagi pertalian keluarga di antara mereka pada hari itu (hari kiamat) dan tidak (pula) mereka saling bertanya." 23:101
INDAH KAN ISLAM?
No comments:
Post a Comment