Wednesday, May 26, 2010

Renungan buat diri..

Bila kita ingin dipuji, mari beristighfar dan ingatlah....


"Dan Dialah Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, bagi-Nyalah segala puji di dunia dan di akhirat, dan bagi-Nyalah segala penentuan dan hanya kepada-Nyalah kamu dikembalikan" [Al Qasas (28): 70]


Bila kita ingin merasa diri kitalah penyebab berlakunya sesuatu, mari beristighfar dan ingatlah....


"Allah Pencipta langit dan bumi, dan bila Dia berkehendak (untuk menciptakan) sesuatu, maka (cukuplah) Dia hanya mengatakan kepadanya: "Jadilah!" Lalu jadilah ia." [Al Baqarah (2): 117]


Bila kita rasa, diri kita mengharapkan balasan dari manusia, mari beristighfar, dan ingatlah....


"Sesungguhnya kami memberi makanan kepadamu hanyalah untuk mengharapkan keridhaan Allah, kami tidak menghendaki balasan dari kamu dan tidak pula (ucapan) terima kasih". [Al Insan (76): 9]


Bila kita merasa yakin hanya pada usaha kita, mari beristighfar, dan ingatlah.... .


"Katakanlah: "Cukuplah Allah bagiku." Kepada- Nyalah bertawakkal orang-orang yang berserah diri." [ Az Zumar (39): 38]


Bila kita telah melakukan kesilapan, mari beristighfar dan ingatlah.... .


"Dan orang-orang yang bertaubat dan mengerjakan amal saleh, maka sesungguhnya dia bertaubat kepada Allah dengan taubat yang sebenar-benarnya." [Al Furqan (25): 71]


Bila kita mula mencari alasan utk melarikan diri daari tanggungjawab kita, mari beristighfar dan ingatlah....


"Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata: "Mengapa kamu menasehati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat keras?" Mereka menjawab: "Agar kami mempunyai alasan (pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu, dan supaya mereka bertakwa.” [Al A’raf (7): 164]


Bila kita mula terasa tidak nampak hala tuju kita, mari beristighfar dan ingatlah.... .


"Allah mengatur urusan (makhluk-Nya) , menjelaskan tanda-tanda (kebesaran-Nya) , supaya kamu meyakini pertemuan (mu) dengan Tuhanmu." [Ar Ra’d (13): 2]

Thursday, May 20, 2010

Kita Hanya Tetamu Senja



Tetamu Senja



Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja..
Bila cukup detik kembalilah kita.. kepadaNya..
Kita datang ini kosong tangan, dada..
Bila pulang nanti bawa dosa, bawa pahala..

Pada tetamu yang datang dan kenal jalan pulang,
Bawalah bakti mesra
kepada Tuhan, kepada Insan..
Pada tetamu yang datang
Dan lupa jalan pulang
Usahlah derhaka pula,
Pada Tuhan, kepada insan..

Bila kita lihat manusia lupa tempat,
Atau segera sesat puja darjat,
Puja pangkat,
Segera kita insaf kita ini punya kiblat..
Segera kita ingat kita ini punya tekad..

Bila kita lihat manusia terbiar larat,
Hingga mesti merempat ke laut biru,
Ke kuning darat,
Harus kita lekas sedar penuh pada tugas,
Harus kita tegas sembah,
Seluruh rasa belas..

Kita datang ini satu roh satu jasad,
Bila pulang nanti bawa bakti, padat berkat..
Kita datang ini satu roh satu jasad..
Bila pulang nanti bawa bakti, padat berkat..

~ A. Samad Said

Monday, April 5, 2010

Choices of life

Astaghfirullah.. Astaghfirullah.. Astaghfirullah..

Dah 4 bulan menganggur ni, byk bisikan2 yg selalu menjengah diri ini.. Tak bersyukur kah aku? Pentingkan diri sendirikah aku..? Samakah aku dgn org2 biasa a.k.a 'muggle' yg lain..??

Dulu masa di universiti, slalu aje dgr isu pengangguran yg tinggi di kalangan fresh graduates.. Masa tu, ada terfikir bhw mereka2 ni, sgt memilih kerja.. Taknak buat kerja2 yg susah.. Kerja mestilah setanding dgn ijazah yg didapati.. Nak jadi 'officer', tak nak jadi kuli.. Lebih2 lagi kalau graduan luar negara.. Gaji juga jadi isu besar.. Semua mahukan 'dream job' masing2 utk bergolek2 sampai dpan umah..hmm..

Tapi aku mcm mana? Apa beza aku dgn mereka..? Sama sajakah aku dgn mereka? Mahu mengejar habuan dunia ttp tak mahu bekerja ssh.. Tak mahu mula dari bwh.. Tak mahu berusaha sendiri utk gapai cita2?

Sedangkan, aku sudah faham apa tujuan hidupku..
Sedangkan, aku sudah faham misi utama dan perjuanganku..
Sedangkan, aku sudah diberi faham 'faquhu' tentang 'islam' yang sebenar2nya dan dakwah ini..

Rezeki adalah dari Allah.. Allah sahajalah yang mengurniakan rezeki pada hamba2Nya..


وَمَا مِن دَآبَّةٍ۬ فِى ٱلۡأَرۡضِ إِلَّا عَلَى ٱللَّهِ رِزۡقُهَا وَيَعۡلَمُ مُسۡتَقَرَّهَا وَمُسۡتَوۡدَعَهَا‌ۚ كُلٌّ۬ فِى ڪِتَـٰبٍ۬ مُّبِينٍ۬ (
٦)

Maksudnya: Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat dia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Luh Mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan). (6)

Surah Hud, 11:6


Mmg betul aku memilih.. Mmg betul.. aku xpernah nafikan itu..

Tapi aku memilih bukan kerana nak hidup senang.. bukan kerana tak nak jadi kuli.. dan bukan juga tak nak mula dari bawah..

Sedangkan pekerjaan aku skrg.. 'daie' full time.. mmg suatu pekerjaan yg xkan membawa kpd hidup senang di dunia ini.. mmg satu pekerjaan kuli.. kerana perlu berkhidmat pd manusia lillah.. mmg pekerjaan yg mesti dimulakan dari bwh.. utk mencapai taqwa dan redha Nya..

Tp, pandangan dan perspektif org yang melihat, org yg terdekat.. adalah pandangan kpd aku spt 'muggle' lain.. Aku tak salahkan mereka, sebaliknya aku lah yg bersalah krn x memahamkan mereka sendiri..

Yg penting bgku.. pandangan Allah kpdku.. Pandangan kekasihku..

Layakkah aku dipandang Allah? Dalam berjuta hamba2 Nya.. Walau seketika cuma..

Astaghfirullah.. Astaghfirullah.. Astaghfirullah..

Moga Allah pandu hatiku, dan perjalanan dakwahku..

Ya Muqallibal Qulub, tsabbit qulubana 'ala deenik

Sunday, March 21, 2010

Perkongsian hadith 36

Sedikit perkongsian hadith 36 an Nawawi yang sy dapat sms di UiTM Selayang. Alhamdulillah atas kefahaman yg Kau kurniakan ya Allah..!

Barangsiapa melepaskan seorang mukmin dari penderitaan dunia, nescaya Allah akan melepaskan darinya penderitaan- penderitaan hari kiamat


Dari potongan hadith di atas, kita boleh lihat ianya dari 2 segi. Pertama, kita boleh lihat secara 'surface'. Sbg contoh, kita hantar makanan, pakaian dan keperluan harian kepada mukmin2 di Palestin yg sedang menderita akibat serangan Zionis laknatullah, atau ambil kanak- kanak pelarian Palestin sbg anak angkat utk melepaskannya daripada derita hidup tidak berkeluarga atau menghulurkan bantuan kepada mukmin2 kebuluran di Darfur. Kita mungkin juga akan terfikir contoh2 seperti volunteer dalam pasukan MERCY Malaysia yang pergi ke Acheh & Padang utk bantu mereka yg menjadi mangsa bencana alam. Smua itu sudah byk manusia yang melakukannya.

Tetapi yang lebih penting, yang mungkin kita tidak terfikir adalah sebenarnya hadith ini juga menyuruh kita melepaskan para mukmin dari penderitaan2 dunia seperti tidak tahu tujuan hidup dan juga xfaham apa erti sebenar sbg seorang 'islam'.

Sebenarnya kita sbg umat islam telah dijauhkan dari al-Quran dan Islam itu sendiri. Pernahkan kita terfikir kenapa kita sampai skrg masih memerangi gejala AIDS dan dadah? Mengapa gejala pembuangan bayi2 terus menerus dipaparkan oleh stesen2 televisyen tempatan? Mengapa masalah sosial dalam negara kita masih berleluasa? Yang sebenarnya, umat Muslimin skrg sedang tenat dibuai kemewahan dan penipuan dunia. Kita jauh dari sunnah Rasulullah. Kita jauh dari al Furqan kalamullah. Smua kita ibarat robot2 jahiliyyah yang tidak pernah gagal utk menjalani kehidupan seperti yang telah diprogramkan oleh Barat.

Tidakkah kita sedar?

Mengikut penghuraian hadith di atas, penderitaan di dunia ini xakan sama sekali terbanding dengan akhirat nanti. Jua, pertolongan yang kita berikan seperti yg telah dijelaskan di atas kpd umat mukmin tak akan juga terbanding dengan apa yg telah dijanjikan Allah utk kita. Pada hari yang tiada naungan lain selain drp naungan Allah swt, kita pasti tertunggu amalan kita yang manakah yang akan menolong kita di akhirat kelak. Pastinya kita ligat memikirkan barang sezarah amalan kita sms di dunia yg boleh mengurangkan kesusahan dan penderitaan di padang Mahsyar kelak.

Satu hadith marfu' yang diketengahkan dalam huraian hadith ini:

"Mukmin yang memberi makanan kepada mukmin yang lapar, Allah akan mengurniakan makanan kepadanya buahan dari syurga. Mukmin yang memberi minum kepada mukmin lain yang dahaga akan diganjarkan oleh Allah minuman arak yang ditutup. Mukmin yang memberi pakaian kepada mukmin lain yang telanjang, maka Allah akan memberikan pakaian kepadanya dari kain hijau syurga"

Barangsiapa memudahkan urusan yang sulit, nescaya Allah akan memudahkan urusannya di dunia & di akhirat.


Dalam erti kata lain, sambungan daripada hadith 36 di atas bermaksud, kita disuruh untuk memudahkan, bukan lebih menyulitkan.

Contoh terbaik adalah sekiranya kita sedang memberi hutang kepada seseorang, dan seseorang itu menghadapi masalah utk melangsaikannya. Apakah yang digalakkan oleh Islam dalam hal ini? Islam menggalakkan kita utk sentiasa bersifat bertimbang rasa dan memandang remeh pertolongan yang kita beri kpada mukmin lain. Kita juga dituntut untuk sentiasa husnudzon dengan smua mukmin kerana kita seakidah. Apabila kita seakidah, maksudnya kita semua bersaudara. "Innama mukminuna ikhwah" 49:10 Dan lagi special, hanya orang beriman shj yang bersaudara..=D

Jadi, dalam apa2 hal sekalipun, Islam menyuruh kita memudahkan yang sulit. Jangan kita hanya fikir keuntungan diri sendiri di dunia, malahan pentingkanlah keuntungan diri dan para mukmin di akhirat kelak.

Barangsiapa menutup aib seseorang Muslim, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat.


Ini sebenarnya adalah peluang baik untuk kita ambil kesempatan sebaik2 nya. Tidakkah kita nampak sebenarnya, ini merupakan sst yang sepatutnya ditunggu2 oleh kita para mukmin? Ianya sungguh mudah, sekiranya kita mahu aib kita ditutup Allah di akhirat nnt, kita hanya perlu menutup aib mukmin2 yg lain. Perdadangan seperti ini bukan sahaja menguntungkan kita, malahan menguntungkan mukmin2 yg kita tutup aibnya itu. Wahai Tuhan, permudahkanlah kami menjalankan tuntutan dan syariatMu, amin.

Allah akan sentiasa menolong hambaNya selama hambaNya menolong saudaranya


Sebuah lagi formula yang Allah telah gariskan kpd kita orang Mukmin. Sungguh indah percaturan Allah, sungguh cantik susunan Allah untuk para hambaNya, insan2 yang lemah. Menurut hadith ini, kita sbg yang dicipta dan hamba kpd al Khaliq yg menciptakan, sgt membutuhkan pertolongan Allah yg Maha Esa utk melalui ujian2 dan dugaan di dunia ini. Malah kita lebih membutuhkan pertolongan dan rahmat Allah selepas melalui tempoh di dunia, iaitu alam selepas hidup. Kita tidak mampu menentukan apa yg kita mahu, sebaliknya kepada Allahlah kita meminta pertolongan sentiasa. Maka formulanya ialah, bahawa Allah telah berjanji akan menolong kita hambaNya, selama mana kita menolong saudara2 kita.

Jadi, sepatutnya kita hamba Allah berlumba2 utk menolong sesama kita, sbb nak dpt pertolongan Allah yang Maha Berkuasa. Bukankah jika kita mahu meminta tlg kepada seseorang, kita akan meminta kpd orang yg paling berkuasa antara yang boleh tolong kita? Maka Allahlah yang selayak2 nya untuk kita minta pertolongan sebelum kita berikhtiar meminta pertolongan kpd hamba2 Nya lain yang lemah juga.

Barangsiapa menempuh perjalanan untuk mencari ilmu, maka Allah akan mudahkan baginya jalan menuju syurga


Mari kita cuba untuk fahamkan bahagian kedua hadith 36 anNawawi ini.

Termasuk dlm huraian hadith ni,kalau kita nak pergi menuntut ilmu, pasti kte akan melalui byk halangan.. sama ada halangan internal atau eksternal. Contohnya, every time sbelum pg program, kte akan berasa berat utk pergi.. sehingga ayat infiru khifafan wa thiqalan, 9:41 tu mestilah dibaca berulang kali, baru kte dpt mengubat penyakit malas pg program.. =P

Pendekkan cerita, kalau kita pilih utk berjihad dan menentang segala hawa nafsu dan juga mebe other external obstacles, maka nya Allah akan mudahkan jalan kita ke syurga.

Seorang ukhti pernah berkongsi.. bhw sedarkah kita, pada setiap program yg kita pergi, ada syurga di sebaliknya.. Subhanallah.. Jom ramai2 pg program! hehe.. =D

Tidaklah satu kaum berkumpul di satu rumah di antara rumah2 Allah, untuk membaca kitab Allah dan mempelajarinya bersama2, kecuali akan turun kpd mereka sakeenah (read: ketenteraman), rahmat Allah akan menyelimuti mereka dan Allah akan memuji mereka di hadapan (para malaikat) yang berada di sisiNya.


Seterusnya, dalm hadith ni, Nabi s.a.w. menerangkan mengenai ilmu yang kita harus tuntut untuk mendapat fadhilat2 yang telah digariskan.

Selain dimudahkan jalan kita ke syurga, 4 kurniaan Allah kepada orang yang menuntut ilmu dan membaca & mempelajari kitab Allah bersama2 adalah:

- diturunkan ke atas mereka ketenangan
- diliputi rahmat Allah
- dikelilingi para malaikat
- disebut2 dan diberi perhatian dan pujian Allah

Barangsiapa yang amalnya kurang, maka tak akan disempurnakan oleh kemuliaan nasabnya

Bahagaian terakhir hadith ini menegaskan bahawa barangsiapa yang amalan mereka tak cukup untuk menolong mrk di akhirat, keturunannya yang mulia tetap tak boleh nak bantu sedikit pn..

"Apabila sangkakala ditiup, maka tidak ada lagi pertalian keluarga di antara mereka pada hari itu (hari kiamat) dan tidak (pula) mereka saling bertanya." 23:101


INDAH KAN ISLAM?

Wednesday, February 24, 2010

Cukup Bagiku......

Penuhi hati ini dengan satu rindu
Rindu untuk mendapatkan cinta-Mu
Penuhi jiwa ini dengan satu cinta

Cukup bagiku Allah segalanya untuk-Mu
Di hatiku ini penuh terisi segala tentang Allah
Kepada Nabi Muhammad tercurah sholawat Allah
Tiada Tuhan selain Allah cukup bagiku Allah

Hasby Robbi Jalallah
Mafi qalby Illallah
Alalhadi Shalallah
Laa Ilaa ha Illallah

Xie2 Allah! =D

Alhamdulillah, smalam Allah beri peluang utk jumpa akhawat tercinta.. Dapat kekuatan dan kasih syg kembali.. Bila tgk & perhati betapa jundullah2 ni berjuang.. mujahadah utk belajar menyampaikan "Ballighu anni walau aayah"... Rasa mcm tercabar, nak buat lebih lg kalau boleh.. Tapi slalu rasa x confident etc2.. (syaitan aje tuh kan? isk2)

Alangkah indah sekuntum bunga pabila ia bersendirian..


Menarik kan bila kita bersama akhawat.. Rasa mcm tenang dan happy.. Itulah rahmat Allah kpd org2 yang beriman dan berkumpul hanya kerana Allah semata2..

Ya Muqallibal Qulub, tsabbit qulubana 'ala deenik wa 'ala taa'atik. Ya Muqallibal Qulub, tsabbit qulubana 'ala jihadu fi sabiilik..
Sweet kan Allah.. Dia beri peluang utk kita rasa smua ni.. Alhamdulillah.. Segala puji bg Allah..

Dan Dia (Allah) yang mempersatukan hati mereka (orang yang beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sungguh, Dia Maha Perkasa, Maha Bijaksana (Al- Anfal 8:63)

Jika tak kerana Allah, Islam & dakwah, kita tak akan menyatu.. Tak akan kita berada duduk ijlis bina' nukmin saah.. Tak akan kita saling berukhuwah.. Tak akan kita saling mendoakan.. Tak akan kita cuba itsar.. Tak akan kita saling husnudzon.. Dan tak akan kita saling berpesan- pesan kpd keimanan dan kesabaran..


Tetapi lebih indah apabila sekuntum bunga berada dalam jambangannya..


Hanyasanya orang- orang beriman itulah yang berukhuwah..

Sesungguhnya orang- orang mukmin itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu (yang berselisih) dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat. (Al Hujurat, 49:10)

Smoga setiap pertemuan kita.. Sentiasa niatkan kerana Allah.. bersihkan dr sgala niat lain.. Smoga smua kita mendapat naungan arasy Allah nnt.. pada hari yg tiada naungan lain.. Akhir kata, hayatilah hadith di bawah ni, smoga kita termasuk dlm golongan tersebut, ameen!
\

"Di sekitar Arsy ada menara-menara dari cahaya. Di dalamnya ada orang-orang yang pakaiannya dari cahaya dan wajah-wajah mereka bercahaya. Mereka bukan para nabi atau syuhada'. Para nabi dan syuhada' iri kepada mereka. Ketika ditanya para shahabat, Rasulullah menjawab, "Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai karena Allah, saling bersahabat karena Allah dan saling kunjung karena Allah." HR Tirmidhi

Hadiah untuk antunna.. ^^ (p/s smua gambar2 bunga adalah ori dan xdiphoto shop atau apa2 yg seangkatan dengannya. Wallahu 'alam)


Sunday, February 21, 2010

Innama al a'malu bin NIATi

Salaam~

1st entry huh.. Can't believe am starting my own blog! =D for a good cause, insha Allah.. So anything I post on this blog, please feel free to shoot comments and tazkirah yang bermanfaat.. Utk diri ini dan smua pembaca insha Allah.. May Allah consider this an effort utk lebih mendekatiNya and ultimately, menggapai redha Nya. Smoga keyboard, mouse dan monitor menjadi saksi atas mujahadahku, biiznillah..

"Hai orang- orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat) Al Hasyr:18"